Skuad B23 buka kempen Piala Asia dengan kekalahan - Utusan Malaysia

Skuad B23 buka kempen Piala Asia dengan kekalahan

KAPTEN Korea Selatan, Lee Sang Min diasak pemain tengah negara, Luqman Hakim Shamsudin dalam aksi pertama Kumpulan C Piala Asia Bawah 23 tahun di Stadium Lokomotiv, Uzbekistan, malam ini.-FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 23 (B-23) negara memulakan saingan kempen Piala Asia B-23 dengan nota kekalahan 4-1 ditangan Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C di Stadium Lokomotiv, Uzbekistan sebentar tadi.

Berdepan juara bertahan nyata bukan tugas mudah buat anak didik Brad Maloney apabila menerima tekanan sebaik sahaja wisel perlawanan dibunyikan.

Ketika tumpuan diberikan kepada skuad muda Korea Selatan, Hadi Fayyadh hampir meledak gol pada minit keempat namun rembatannya berjaya dinafikan penjaga gawang lawan, Goh Dong-min.

Tersentak dengan percubaan Malaysia, Korea Selatan terus melancarkan serangan memburu gol menerusi lima percubaan berbahaya bermula minit ke 15 hinggalah 28 namun gagal menemui sasaran.

Selepas bertahan hampir 30 minit, gawang Malaysia yang dikawal Rahadiazli Rahalim akhirnya bocor menerusi tandukan ketua pasukan lawan, Lee Sang Min.

Malaysia cuba bangkit mencari gol penyamaan menerusi serangan balas yang diterajui Luqman Hakim dan Hadi Fayyadh namun kekentalan benteng skuad muda Taeguk Warriors memastikan kedudukan 1-0 kekal separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Korea Selatan tidak menunggu lama untuk menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke-48 menerusi rembatan kencang Kim Tae Hwan yang gagal dihalang Rahadiazli.

Malaysia seharusnya mampu merapatkan jurang gol menerusi ketua pasukan, Mukhairi Ajmal selang tiga minit kemudian namun tolakan pemain Selangor FC sedikit tersasar.

Bermula dari detik itu, Malaysia mula mempamerkan corak permainan menarik dengan memberi tekanan dan mencipta serangan selain mengawal bola di bahagian tengah.

Usaha berterusan Malaysia memburu gol bagi merapatkan kedudukan terhasil pada minit ke-83 menerusi Mukhairi selepas mendapat umpanan menarik dari Nik Akif Syahiran

Keghairan Malaysia memburu gol penyamaan nyata membawa padah apabila Korea Selatan berjaya menambah lagi dua gol menerusi Cho Young Wook pada minit ke-89 dan masa kecederaan babak kedua untuk memastikan kemenangan mutlak 4-1 ke atas Malaysia.

Selepas ini Malaysia akan berehat tiga hari sebelum menentang Thailand untuk aksi kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya