Piala Asia : Stadium Bukit Jalil 'full house' ? - Utusan Malaysia

Piala Asia : Stadium Bukit Jalil ‘full house’ ?

Pengarah Eksekutif tickethotline, Datuk Azril Mat Drus (tengah).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Stadium Nasional Bukit Jalil bakal dipenuhi lautan penyokong Harimau Malaya pada aksi menentang Bahrain Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023, malam esok selepas jualan tiket secara dalam talian umpama pisang goreng.

Detik ini sudah tentu sangat dinantikan peminat-peminat bola sepak dan juga pemain skuad kebangsaan selepas kali terakhir gelanggang keramat Harimau Malaya berkenaan penuh pada September 2019 iaitu pada kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Pengarah Eksekutif tickethotline, Datuk Azril Mat Drus mendedahkan, jika diambil kira jualan tiket perlawanan Malaysia berdepan Bahrain malam esok dalam talian ketika ini, tidak mustahil stadium akan penuh.

Kejayaan skuad Harimau Malaya melakar tiga kemenangan di bawah kendalian Kim Pan Gon menjadi faktor utama peminat bola sepak negara teruja untuk membeli tiket dan turun menyaksikan sendiri kemampuan skuad kebangsaan di atas padang.

Tiga kemenangan itu bermula dengan menundukkan Brunei 4-0, Hong Kong (2-0) dan Turkmenistan (3-1) Rabu lalu.

“Setakat ini jualan tiket sangat laju melibatkan perlawanan Malaysia menentang Bahrain dan tidak mustahil stadium akan penuh.

“Tiga kemenangan sebelum ini membuat penyokong teruja nak turun stadium dan ia bagus untuk bola sepak Malaysia selepas sekian lama tidak dapat merasai suasana seperti ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Tambahnya, jika boleh penyokong yang hadir diminta untuk masuk awal ke dalam stadium supaya tidak berlaku kesesakan, selain duduk di kerusi mengikut nombor tiket. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN