Faisal sebak lepas jaring gol ketika menentang Turkmenistan

Faisal sebak lepas jaring gol ketika menentang Turkmenistan

Faisal
Faisal Abdul Halim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan meledak gol pertama di peringkat antarabangsa membuatkan Faisal Abdul Halim sebak.

Dan lebih manis jaringan itu turut membantu skuad Harimau Malaya melakar kemenangan 3-1 ke atas Turkmenistan pada perlawanan Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Faisal yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan mengakui semua pihak termasuk pemain dan jurulatih telah memainkan peranan masing-masing dengan baik dalam memastikan kejayaan skuad kebangsaan.

“Jujur saya cakap memang sebak, ini adalah gol pertama saya di peringkat tertinggi. Semua ini untuk anda (peminat), rakan-rakan saya, tanpa mereka siapalah saya.

“Ini kerja keras rakan pasukan saya ikut pelan jurulatih dan alhamdulillah ia menjadi. Kami harap (kejayaan) ini tidak terhenti di sini dan mahu memburu kemenangan kedua untuk lebih selamat.

“Saya tidak sangka bola itu kerana rasa peluang tipis untuk jaringkan gol. Saya lihat penjaga gol sebanyak dua kali. Dan pada mulanya saya ingin me­rembat ke sebelah kanan tetapi saat akhir menukar ke sebelah kiri dan bola menerjah jaring, selepas itu rasa sebak hadir,” katanya dalam sidang media, kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya