Amy Search mengadap Sultan Johor - Utusan Malaysia

 Amy Search mengadap Sultan Johor

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar menerima mengadap Amy Search, Hillary Ang, Man Kidal dan Nasir Daud di Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima kunjungan hormat penyanyi rock tersohor negara, Amy Search. 

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman hadir bersama gitaris, Hillary Ang dan Man Kidal serta pemain bass, Nasir Daud.

Pada pertemuan bersama Sultan Johor, Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata lain daripada kumpulan Search.

Pada 4 dan 5 Jun lalu, Amy mengadakan Konsert Search Endemik 2022 yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur selama lebih dua jam dengan dendangan 22 buah lagu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN