Pesawat patah balik akibat juruterbang tak tamat latihan - Utusan Malaysia

Pesawat patah balik akibat juruterbang tak tamat latihan

PESAWAT Airbus A330 Virgin Atlantic sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow, London. - MAILONLINE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah pesawat Virgin Atlantic yang dalam perjalanan ke New York terpaksa berpatah balik ke London selepas pembantu juruterbang mengakui belum melengkapkan ujian penerbangan terakhirnya.

Memetik laporan Daily Mail, pesawat tersebut sedang melintasi ruang udara Ireland apabila juruterbang dimaklumkan mengenai pegawai pertamanya yang masih belum menamatkan latihannya.

Susulan itu, pesawat Airbus A330 yang membawa kira-kira 300 penumpang diarahkan patah balik ke Lapangan Terbang Heathrow selepas 20 minit berada di ruang udara.

Penumpang tiba di Amerika Syarikat (AS) hampir tiga jam lewat selepas pesawat tersebut diarahkan menunggu di landasan sehingga pengganti berkelayakan mengambil alih.  

Jurucakap Virgin Atlantic mengesahkan penerbangan VS3 kembali ke Heathrow sejurus selepas berlepas, disebabkan kesilapan dalam menugaskan jadual kerja.  

“Pegawai pertama yang berada bersama kapten sudah digantikan dengan juruterbang baharu untuk memastikan pematuhan sepenuhnya protokol latihan Virgin Atlantic.  

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dialami oleh pelanggan yang tiba dua jam 40 minit lewat daripada dijadualkan disebabkan pertukaran anak kapal,” jelasnya.

Sementara itu, seorang sumber memaklumkan kapten pesawat itu berkhidmat dengan Virgin Atlantic selama 17 tahun dan sudah melengkapkan ribuan jam penerbangan.

Katanya, pegawai pertama itu pula menyertai syarikat penerbangan tersebut pada 2017 dan dilatih, diberi lesen penuh serta dinilai sepenuhnya selaras dengan peraturan United Kingdom (UK).

Bagaimanapun, pegawai pertama itu masih menunggu penerbangan `penilaian akhir’ dengan Virgin Atlantic.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya