PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes penyeludupan diesel dan petrol susulan penguatkuasaan yang giat dilaksanakan pihak berkuasa menerusi Op Tiris 4.0 sejak 16 Mac lalu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, menerusi operasi itu sebanyak 320 pelanggaran undang-undang dikesan hasil 18,261 pemeriksaan di seluruh negara yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada operasi bersepadu membanteras ketirisan. Katanya, dapatan itu menunjukkan masih wujud cubaan berterusan untuk meraih keuntungan secara haram daripada…










