Cavani sah akan tinggalkan Manchester United

Cavani sah akan tinggalkan Manchester United

manchester united
Edinson Cavani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick mengesahkan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini menentang Crystal Palace malam tadi adalah perlawanan terakhir Edinson Cavani untuk kelab itu.

“Daripada kesebelasan utama kami, akan ada 10, selain Edi Cavani, yang masih akan bermain untuk kelab ini musim depan,” katanya.

Cavani, yang tamat kontrak pada musim panas ini turun dalam kesebelasan utama ekoran ketiadaan Cristiano Ronaldo akibat cedera.

Siapa dikaitkan dengan Man United?

The Red Devil telah menjelaskan kepada Barcelona bahawa mereka tidak akan menyediakan bajet £70 juta untuk Frenkie de Jong.

United ssebelum ini menimbang perpindahan £75m untuk pemain tengah Barcelona De Jong dan telah menghubungi kelab itu.

De Jong sanggup mengucapkan selamat tinggal kepada gaji hampir £6 juta gaji yang belum dibayar untuk pindahn ke Manchester City musim panas ini lapor The Sun 15 Mei lalu;

Barcelona dilaporkan terbuka untuk membiarkan De Jong meninggalkan kelab itu pada musim panas ketika pengurus Manchester United Erik ten Hag merancang perpindahan untuk pemain tengah itu.

Erik ten Hag mahu membawa bek tengah Lisandro Martinez, yang membantunya merangkul gelaran Eredivisie musim ini, bersamanya dari Ajax ke Manchester United.

Pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovic-Savic, juga berada dalam radar Ten hag selepas mencatatkan 11 gol dan 11 assist dalam Serie A musim ini.

Manchester United juga bersaing dengan Manchester City untuk menandatangani prospek River Plate, Enzo Fernandez pada musim panas ini, menurut laporan di negara asalnya Argentina, Manchester United telah pun mengadakan perbincangan mengenai perjanjian untuk menandatangani Fernandez, menurut laporan di Amerika Selatan. – starsport

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya