fbpx

Arshad terkilan gagal catat permulaan positif

Arsyad terduduk kekecewaan selepas gagal untuk mencatat keputusan podium.- UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Jaguh pecut muda negara, Muhammad Arsyad Md. Saat terkilan apabila berdepan masalah di blok permulaan sekali gus berdepan kesulitan ketika beraksi pada aksi final 200 meter (m) di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Arsyad menegaskan blok tersebut bergerak kebelakang sekali gus menyukarkannya melakukan permulaan sempurna dan terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di kedudukan keempat keseluruhan.

Walaupun berdepan masalah, Arsyad tetap berbangga apabila dia mampu mencatat keputusan cukup baik dengan catatan masa 20.95 saat.

Ia sekali gus memperbaharui rekod peribadi (PB) 200m pelari dari Johor itu yang sebelum ini mencatat masa 21.20 yang dilakukan pada aksi saringan di sebelah pagi.

Arsyad (kiri) dan seorang lagi wakil negara, Jonathan Nyepa melengkapkan larian pada aksi final 200 meter lelaki Sukan SEA Hanoi, Vietnam di sini hari ini.- UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

“Saya mempunyai beberapa masalah dengan blok permulaan, ia terus tergelincir ke belakang walaupun saya cuba memperbaikinya beberapa kali.

“Situasi itu buat saya tidak dapat permulaan yang baik kerana masalah ini. Saya cuba untuk mengejar semula tetapi tidak dapat melakukannya.

“Saya hanya mampu menduduki tempat keempat tetapi saya masih gembira kerana telah memperbaharui PB saya dua kali hari ini (semalam),” katanya sejurus tamat perlumbaan.

POPULAR

KOSMO! TERKINI