Ambil iktibar tragedi penuntut USM jatuh

Ambil iktibar tragedi penuntut USM jatuh

NORAINI Ahmad menyampaikan Skim Perlindungan Takaful Keluarga berkelompok kepada keluarga Lukman Hakim Mat Rani di Kampung Bunga Mas, Penambang, Kota Bharu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua universiti awam (UA) diarah melihat semula aspek keselamatan fasiliti di kampus masing-masing bagi mengelak tragedi yang boleh meragut nyawa penuntut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr. Husaini Omar untuk tindakan lanjut.

Ini susulan tragedi menimpa Allahyarham Lukman Hakim Mat Rani, 22, penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) yang maut akibat terjatuh dari tingkat lapan asrama kampus universiti itu, 25 April lalu. 

“USM sendiri telah melakukan kajian menyeluruh bagi memastikan kejadian ini tidak berulang. Melalui kajian ini, USM melakukan penambahbaikan dalam aspek keselamatan dan memastikan bangunan seliaan mereka menjadi lebih selamat diduduki dan mesra pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa melawat keluarga Allahyarham Lukman Hakim di Kampung Bunga Mas, Panambang di sini, hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha KPT, Dr. Mohamad Zabri Yusoff: Pengerusi Lembaga Pengarah USM, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

Ketika kunjungan hari ini, Noraini turut menyampaikan Skim Perlindungan Takaful Keluarga Berkelompok Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional( PTPTN) yang memberi pengecualian pembayaran balik bayaran tertunggak kepada keluarga mangsa.

Selain itu, keluarga Allahyarham Lukman Hakim juga layak menerima khairat kematian sebanyak RM1,500.

Dalam kejadian 25 April lalu, mangsa maut akibat tergelincir dari tingkat lapan ketika mahu mengambil pakaiannya yang terjatuh dari ampaian di Desasiswa Tekun, kampus induk USM di Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya