KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan penjaga diingatkan supaya lebih bertanggungjawab serta peka terhadap kewajipan mendaftarkan kelahiran anak masing-masing bagi mengelak masalah dokumentasi pada masa hadapan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun statistik menunjukkan trend penurunan, jumlah kes pendaftaran lewat kelahiran yang direkodkan setiap tahun masih berada pada tahap yang signifikan. Katanya, sebanyak 13,474 kes pendaftaran lewat kelahiran direkodkan pada 2023, diikuti 12,363 kes pada 2024 dan…









