KPN nafi berlaku perubahan jawatan Ayob dan Shuhaily

KPN nafi berlaku perubahan jawatan Ayob dan Shuhaily

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan dakwaan mengenai rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya yang didakwa akan ditukar keluar daripada pasukan keselamatan itu adalah tidak benar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah mengesan satu laporan berita daripada sebuah portal dalam talian mengenai dakwaan perancangan pertukaran kepimpinan tertinggi PDRM.

Menurutnya, PDRM ingin menegaskan bahawa tiada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara yang dimaksudkan.

“Ini adalah berita palsu, pihak Bukit Aman juga telah menghubungi portal berkenaan, namun mereka enggan mendedahkan identiti sumber yang dinyatakan di dalam laporan berita itu

“Kalau perlu siasatan, kita akan buat siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahu, portal itu memetik sumber, antara pegawai yang terlibat dalam rombakan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain.

Portal berita juga memetik kedua-dua pegawai kanan itu telah dikaitkan dengan pertukaran ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai Ketua Pengarah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN