UiTM meterai MOU bersama TikTok 

UiTM meterai MOU bersama TikTok 

ROZIAH Mohd. Janor (kiri) dan Yi Fong (kanan) bertukar MoU dalam majlis pemeteraiannya antara UiTM dan TikTok di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan TikTok Pte. Ltd. (TikTok) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik menerusi platform media sosial.

MoU itu dimeterai antara Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor dan Pengurus Operasi Strategi TikTok Malaysia, Darren Quek Yi Fong di Canseleri universiti itu, petang tadi.

Menurut Roziah, langkah itu bertepatan dengan aspirasi UiTM bagi meningkatkan kerjasama dengan rakan industri gergasi dalam mempelopori arena pendidikan moden menerusi media sosial. 

“Berdasarkan reputasi TikTok yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna, kerjasama ini akan membuka banyak ruang memperhebatkan pengajaran dan pembelajaran terutama jarak jauh dan terbuka.

“Ia selaras konsep Education 5.0 @ UiTM dalam menyediakan pendidikan lebih fleksibel dengan peralihan dan trend teknolog terkini,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Sabah, Datuk Dr. Abdul Kadir Rosline dan Ketua Komunikasi TikTok Malaysia, Singapura dan Filipina, Conrad Edmund Bateman.

Jelas Roziah, beberapa projek UiTM–TikTok akan diperkenalkan dalam skop pendidikan jarak jauh dan terbuka selain pendidikan formal sesi kuliah.

“Kita berharap usaha ini dapat mengubah perspektif umum mengenai penggunaan media sosial terutama TikTok dalam gedung pendidikan negara.

“Kami percaya kerjasama ini dapat melahirkan pelajar yang lebih kompetitif, kreatif dan proaktif sekaligus melahirkan sumber manusia mampan,” jelasnya.

Tambah beliau, UiTM Cawangan Sabah sudah memperkenalkan TikTok Guru Bah! yang mendapat sambutan memberangsangkan tahun lalu.

Sementara itu, Yi Fong berkata, pihaknya mahu mewujudkan hubungan kerjasama strategik dan memperkasa penggunaan aplikasi TikTok sebagai satu platform perkongsian ilmu. 

“TikTok adalah sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dan platform video pendek yang amat terkenal di seluruh dunia. Kita berharap dapat membantu UiTM merealisasikan hasrat yang disasarkan selaras dengan agenda pendidikan negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya