Skuad negara dimalukan Timor Leste - Utusan Malaysia

Skuad negara dimalukan Timor Leste

PENYERANG skuad B-23 negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak gagal memberi impak besar kepada pasukan negara pada aksi persahabatan menentang Timor Leste di Stadium UiTM, Shah Alam, malam ini.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekalahan 1-2 skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara kepada Timor Leste mampamerkan ketempangan mereka menjelang saingan Sukan SEA Hanoi, Vietnam yang bakal membuka tirai bulan depan.

Kekangan mengumpul senarai 31 pemain bagi kem latihan pusat sebelum ini, nyata memberi kesan kepada persembahan skuad muda negara pada aksi persahabatan pertama mereka di Stadium UiTM, Shah Alam, sebentar tadi.

Dalam aksi babak pertama, kedua-dua pasukan kelihatan masih mencari rentak masing-masing biarpun berjaya mencipta beberapa peluang namun gagal disudahkan dalam bentuk jaringan.

Begitupun, enam minit bermula babak kedua, pasukan Timor Leste akhirnya berjaya menembusi gawang gol skuad kendalian Brad Maloney pada minit ke-51 menerusi ledakan Elias Joao Da Costa.

Namun, jaringan itu tidak bertahan lama apabila Faiz Amer Runnizar berjaya memadam kelebihan gol tersebut pada 15 minit kemudian.

Pasukan pelawat mendahului skuad negara pada minit ke-77, kali ini hasil jaringan Jhon Frith Ornai.

PENGENDALI skuad B-23 negara, Brad Maloney memberi arahan kepada pemain-pemainnya pada aksi persahabatan menentang Timor Leste di Stadium UiTM, Shah Alam, malam ini.- IHSAN FAM

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Maloney cuba meningkat tempo permainan namun gagal untuk memecah benteng Timor Leste sekali gus menyaksikan kedudukan kekal sehingga wisel penamat perlawanan ditiup.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada Disember 2019 menyaksikan Timor Lester menjadi mangsa belasahan skuad negara B-23 dengan keputusan 4-0.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya