Selepas 200 kali mencuba... - Utusan Malaysia

Selepas 200 kali mencuba…

Aleix Espargaro meraih kemenangan pertamanya di perlumbaan MotoGP selepas 200 kali mencuba pada perlumbaan di Argentina, semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERMAS DE RIO HONDO, Argentina: Penunggang Sepanyol, Aleix Espargaro meraih kemenangan pertamanya di perlumbaan MotoGP selepas 200 kali mencuba pada perlumbaan di Argentina, semalam.

Pelumba berusia 32 tahun itu turut menghadiahkan Aprilia kemenangan sulung dalam kelas perdana itu ketika dia mengambil alih kedudukan pendahulu kejuaraan dunia selepas tiga perlumbaan.

Jorge Martin yang menunggang Ducati-Pramac serta wakil Suzuki, Alex Rins melengkapkan kedudukan podium membabitkan semua penunggang Sepanyol.

“Saya sangat gembira, saya menunggu terlalu lama dan kejayaan ini sangat istimewa kerana ia adalah perlumbaan ke-200 saya dalam MotoGP,” kata Espargaro yang menyertai Aprilia pada 2017.

Aleix Espargaro

Secara keseluruhan Espargaro mengambil bahagian dalam 283 Grand Prix (GP) membabitkan tiga kelas sejak 2004.

“Semuanya berada di tahap terbaik, kami memang pantas, tetapi ia tekanan berganda kerana semua orang memberitahu saya ia akan menjadi mudah, tapi ia tidak begitu.

“Pusingan terakhir ialah kekuatan saya. Saya berterima kasih kepada semua orang di Aprilia, saya rasa kami memang berhak menang.

“Satu lagi perkara menakjubkan ialah kami mendahului kejuaraan. Enam tahun lalu, tiada siapa percayakan Aprilia,” jelasnya. – AGENSI

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.