Kapal kargo bawa serbuk sisa sawit ditahan bersauh secara haram

Kapal kargo bawa serbuk sisa sawit ditahan bersauh secara haram

KAPAL kargo membawa muatan serbuk sisa sawit dari Vietnam ditahan Maritim Malaysia selepas disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, Kota Tinggi, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebuah kapal kargo membawa muatan serbuk sisa sawit dari Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor selepas disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal berkenaan ditahan dalam rondaan penguatkuasaan sekitar pukul 3.30 petang di kedudukan 23.11 batu nautika timur laut Tanjung Penawar. 

Katanya, kapal sepanjang 105 meter itu dikendalikan 18 kru lelaki warga Vietnam yang berumur antara 22 hingga 50 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal kargo tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia. 

“Kapal berserta kesemua kru telah ditahan di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya bersalah.

“Maritim Johor akan terus mempergiat penguatkuasaan di laut bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negeri Johor terpelihara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN