Belanda beri pampasan RM4 bilion kerana harga minyak naik - Utusan Malaysia

Belanda beri pampasan RM4 bilion kerana harga minyak naik

KERAJAAN Belanda menimbangkan untuk mengurangkan tambang pengangkutan awam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Kerajaan Belanda pada Isnin berkata bahawa ia akan memperuntukkan lebih 950 juta euro (RM4.42 bilion) bagi membantu memberi pampasan kepada sektor perniagaan dan individu susulan lonjakan harga petrol sejak tercetusnya perang antara Amerika Syarikat dan Iran.

“Harga tenaga dijangka kekal tinggi buat sementara waktu, walaupun konflik di Asia Barat berakhir dalam masa terdekat,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.

“Isi rumah dan perniagaan sudah pun merasai kesannya,” tambah kenyataan itu sambil menambah bahawa golongan itu akan menjadi keutamaan bagi pakej pertama langkah bantuan bernilai 627 juta euro (RM2.9 bilion).

Sebanyak 340 juta euro (RM1.5 bilion) lagi akan disediakan melalui pengurangan caj perniagaan yang akan dibiayai oleh peningkatan cukai ke atas barangan lain, khususnya alkohol.

Kerajaan juga pada Isnin mengaktifkan fasa pertama pelan krisisnya jika berlaku kekurangan bahan api yang hampir berlaku, ketika Selat Hormuz kekal ditutup kepada penghantaran minyak dari Teluk sejak perang tercetus pada akhir Februari, menyebabkan harga minyak dan gas asli melonjak.

Ia menyatakan bahawa walaupun ketika ini tiada kekurangan petrol yang kritikal di Belanda, pihaknya sedang menggerakkan agensi kerajaan dan pemain industri sekiranya keadaan menjadi semakin buruk.

Kabinet Belanda sedang mempertimbangkan pengurangan tambang sementara bagi pengangkutan awam sebagai salah satu langkah untuk membantu rakyat menghadapi kenaikan harga bahan api dan tenaga akibat perang Iran, menurut sumber yang rapat dengan kerajaan kepada akhbar Telegraaf

Tidak seperti Jerman, Belanda tidak bercadang untuk mengurangkan duti eksais ke atas bahan api, sesuatu yang mengecewakan parti-parti pembangkang. Ahli ekonomi syarikat perbankan, ING, Rico Luman, mempertahankan keputusan dengan menyifatkan pengurangan duti eksais sebagai agak populis.

“Ia memang popular dalam kalangan rakyat. Tetapi ia merupakan langkah yang tidak bersasar, kita tahu daripada kajian bahawa golongan berpendapatan tinggi memandu jarak paling jauh. dan kosnya boleh mencecah berbilion-bilion,” katanya. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN