Perluas konsep tanah lot rumah generasi kedua Felda

Perluas konsep tanah lot rumah generasi kedua Felda

SULONG JAMIL MOHAMED SHARIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemberian lot tanah untuk generasi kedua peneroka Felda membina sendiri rumah yang dilancarkan oleh Perdana Menteri di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini, perlu diperluas di -wilayah-wilayah Felda di semua negeri.

Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff berkata, konsep baharu itu adalah satu formula yang berkesan mengatasi pemilikan rumah untuk generasi kedua Felda di semua 11 wilayah tanah rancangan itu seluruh negara.

Menurutnya, konsep itu dilihat lebih memudahkan generasi kedua Felda membina rumah berbanding pembelian kediaman menerusi pinjaman bank.

“Peneroka menyambut baik usaha kerajaan menyediakan lot tanah untuk membina rumah untuk generasi kedua.

“Konsep ini lebih memudahkan peneroka untuk memiliki rumah berbanding sebelum ini apabila Felda bina rumah tapi tetapi tidak mampu dibeli oleh generasi kedua disebabkan mereka bekerja sendiri dan tiada slip gaji. Jadi permohonan mereka dengan bank banyak ditolak.

“Konsep yang baru diperkenal ini tidak lagi jual rumah sudah siap, tetapi menjual lot
tanah yang dikurniakan kerajaan negeri kepada generasi kedua untuk bina sendiri rumah mereka.

“Saya berharap konsep baharu ini dikembangkan di semua tanah rancangan Felda di seluruh negara. Saya sarankan kerajaan negeri yang lain pun ikut konsep ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Sulong Jamil, menerusi konsep itu, jika ada tanah kosong di kawasan Felda, tanah itu dibahagikan dalam kalangan generasi kedua peneroka dan semua kemudahan infrastrukturnya disediakan oleh kerajaan.

“Melalui cara ini, mereka yang dapat lot tanah untuk tapak rumah ini kena cari agensi lain seperti Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) untuk pembinaan rumah.

“Bermakna kerajaan tidak bantu, kaedah ini lebih baik,” katanya.

Mengenai kesukaran generasi kedua Felda untuk mendapatkan pinjaman bank, Sulong Jamil mengakui perkara itu menghalang mereka daripada memiliki rumah ini kerana golongan itu tidak ada slip gaji memandangkan bekerja sendiri.

“Mereka kerja ladang, kerja sendiri jadi memanglah tiada slip gaji tetapi sebenarnya sebahagian besar daripada mereka mempunyai pendapatan yang banyak, cuma tapi tiada slip kerana ambil gaji harian atau mingguan.

“Jadi apabila tiada slip gaji, bank tak percaya sedang dari segi kemampuan mereka memang mampu, cuma dari segi slip gaji yang tiada.

“Dengan pendapatan bekerja ladang yang tinggi, saya percaya tiada masalah untuk golongan ini membina rumah di atas lot yang diberikan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan konsep baharu pemilikan rumah untuk generasi kedua peneroka Felda yang akan diberi lot tanah untuk mereka bina sendiri rumah di Kota Tinggi, Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya