fbpx

Bil air kurang RM30 dikecualikan bayaran sepanjang Ramadan 

AHMAD YAKOB

KOTA BHARU: Pelanggan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang bilnya tidak melebihi RM30 tidak perlu membayar bil tersebut sepanjang Ramadan ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia melibatkan 146,660 akaun pengguna dengan kos kewangan sebanyak RM33 juta.

“Untuk bulan puasa ini, mereka yang mempunyai bil air tidak lebih RM30 akan dikecualikan bayaran.

“Pengecualian bayaran ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada rakyat,” katanya ketika mengumumkan perkara itu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd. Syahbuddin Hashim meminta kerajaan negeri memberi potongan 50 peratus kepada pengguna air di negeri ini.

Mohd. Syahbuddin mengemukakan cadangan tersebut selepas mengambil kira kesusahan dihadapi rakyat kerana perkhidmatan air yang kerap terganggu kebelakangan ini. – UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN