UMNO-Pas, hentikan perang saraf - Mohd. Khairuddin - Utusan Malaysia

UMNO-Pas, hentikan perang saraf – Mohd. Khairuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ahli UMNO dan Pas digesa menghentikan perang saraf antara satu sama lain yang dilihat makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, budaya ‘serang-menyerang’ yang diamalkan itu tidak memberi sebarang keuntungan kepada perpaduan ummah yang dibina.

Katanya, walaupun UMNO-Pas berbeza haluan politik dan platform ketika pilihan raya, namun selagi kedua-duanya masih dalam persepakatan, maka persahabatan dan persaudaraan itu perlu dijaga.

“Ahli Pas atau UMNO tetap ahli kepada parti masing-masing walaupun tidak serang-menyerang. Berhentilah membuat saraf sama sendiri, musuh sedang bertepuk tangan kegembiraan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

 

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Terdahulu, bekas Ahli Jawatankuasa Pas itu berkongsi hantaran Pengerusi Lajnah Dakwah parti berkenaan, Nasrudin Hassan yang menyeru golongan agamawan, ahli politik, aktivis masyarakat dan rakyat agar melakukan gencatan media sosial dengan mencari nilai penyatuan di samping kebaikan ummah.

Menurut Nasrudin, pergaduhan di media sosial di samping saling menghina dan membunuh karakter masing-masing yang dilakukan rakyat hingga pemimpin perlu dihentikan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya