BERA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu berperanan menerbitkan semula cerita penglipur lara dan cerita rakyat yang dibukukan dalam dekad 1960-an serta 1970-an untuk tatapan dan bacaan generasi muda masa kini. Genre cerita penglipur lara dan cerita rakyat sudah hampir pupus berikutan pengamal dan pendukungnya telah lama meninggal dunia tanpa pengganti. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Perunding Penyelidikan dan Pembangunan Budaya Melayu Antarabangsa, Datuk Dr. Aripin Said berkata, pemikiran, kesantunan dan nilai budi yang terkandung dalam genre tersebut menggambarkan pemikiran Melayu yang universal. Menurutnya, pemikiran Melayu yang terkandung dalam cerita rakyat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya