LHDN tidak kenakan penalti tahun pertama STSDS

LHDN tidak kenakan penalti tahun pertama STSDS

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada penalti akan dikenakan dalam tahun pertama pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) Fasa 1 yang bermula 1 Januari 2026.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, selain itu tiada penalti dikenakan ke atas surat cara yang disetemkan di bawah STSDS bagi kesalahan mengemukakan Borang Nyata Duti Setem (BNDS) yang tidak betul.

Di samping itu katanya, penalti juga tidak dikenakan bagi kesalahan memberikan maklumat yang tidak betul atau tidak tepat berhubung dengan apa-apa perkara yang memberi kesan kepada pengenaan duti.

“Tempoh konsesi khas tiada pengenaan penalti ini terpakai kepada permohonan penyeteman yang dikemukakan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LHDN turut memaklumkan konsesi khas itu turut terpakai terhadap kesalahan di bawah subseksyen 72D(2) Akta Setem 1949 yang dikenal pasti melalui penemuan audit sepanjang tempoh tersebut.

“Dalam masa sama, ia menyediakan tempoh mencukupi untuk pembayar duti memahami prosedur yang ditetapkan dan melaksanakan penyeteman sendiri secara elektronik dengan berkesan,” jelasnya.

Menurut LHDN lagi, Sistem e-Duti Setem telah dibuka untuk akses awal kepada pembayar duti melalui portal MyTax bagi memberi ruang kepada mereka menjalankan pengujian dan membuat persediaan sewajarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN