IKEA Tebrau amal urus sisa pepejal komersial terbaik - Utusan Malaysia

IKEA Tebrau amal urus sisa pepejal komersial terbaik

MAZWIN Mohamad (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil IKEA Tebrau atas usaha gedung itu dalam pengasingan sisa di punca. – IHSAN SWCORP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Meskipun usianya beroperasi belum cukup lima tahun, IKEA Tebrau di Johor mendapat pengiktirafan atas usaha amalan terbaik pengurusan sisa pepejal komersial.

Perakuan tersebut disahkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam satu acara ringkas yang diadakan di gedung perabot ternama itu semalam.  Sijil penghargaan diserahkan oleh Pengarah Bahagian Sisa Industri, Komersial dan Institusi SWCorp, Mazwin Mohamad kepada Pengurus Fasiliti Kelestarian IKEA Tebrau, M. Rajendran.

 Menurut kenyataan agensi tersebut, premis jenama Sweden terbesar di rantau Asia Tenggara itu komited dalam usaha memberi inspirasi bagi mewujudkan imej kelestarian alam sekitar.

 “Ia dilaksanakan melalui penggunaan sumber bahan boleh diperbaharui dan dikitar semula seperti di kafeteria yang mengasingkan sisa makanan dan dikumpul amat baik,” kata SWCorp. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN