RM20 juta bantu usahawan IKS terjejas pandemik Covid-19, banjir di Pahang - Utusan Malaysia

RM20 juta bantu usahawan IKS terjejas pandemik Covid-19, banjir di Pahang

NAZRI Ngah (dua dari kanan, duduk) mewakili Wan Rosdy Wan Ismail dalam lintas langsung bersama Pahang FM Sempena Ekspo Produk Halal di Perkarangan Stadium Tun Abdul Razak (STAR) Jengka di Maran, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Kerajaan negeri bersetuju memberi pinjaman tanpa faedah sehingga RM10,000 kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 dan banjir di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, kerajaan negeri komited membantu usahawan IKS menerusi pelbagai inisiatif yang mampu memulihkan perniagaan terjejas. 

Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengisytiharkan sendiri peruntukan sebanyak RM20 juta sempena Hari Usahawan Pahang yang dijadualkan pada bulan depan.

Beliau menambah, pembiayaan perniagaan usahawan IKS menerima moratorium yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM20 juta secara keseluruhan.

“Bantuan pinjaman minimum RM3,000 dan maksimum RM10,000 hanya kepada usahawan IKS yang sudah berniaga sebelum pandemik Covid-19 bukan yang baru menceburkan diri.

“Pinjaman itu diberi bukan sahaja tanpa faedah tetapi juga moratorium selama setahun bagi memulihkan momentum perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita mewakili Menteri Besar dalam lintas langsung bersama Pahang FM Sempena Ekspo Produk Halal di Perkarangan Stadium Tun Abdul Razak (STAR) Jengka, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN