PRN Johor: Ketat SOP, longgarkan syarat kempen - Anwar - Utusan Malaysia

PRN Johor: Ketat SOP, longgarkan syarat kempen – Anwar

ANWAR Ibrahim dalam sesi dialog ketika menghadiri melancarkan Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (SERVE) 2022 di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) menuntut diberikan kelonggaran bersyarat untuk berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berikutan kenaikan mendadak kes jangkitan Covid-19 ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kesihatan sememangnya boleh memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) menjelang pilihan raya itu.

“Apabila pilihan raya, dia (kerajaan) boleh berkempen dengan media, namun kita (pembangkang) pergi minum kopi. Ini politik apa? Jangan guna ia untuk menekan kita seperti yang berlaku di Melaka (PRN) sebelum ini.

“Bagi ruang dan syarat seperti buat (kempen) di dewan atau padang dengan mengehadkan jumlah orang (penyokong),” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (SERVE) 2022 di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, petang tadi.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman.

Terdahulu, angka jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini terus meningkat melepasi 10,000 dengan 10,089 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,914,220 kes.

Berdasarkan situasi semalam, kes harian negara mencatatkan sebanyak 9,117 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 2,549 kes, diikuti Johor (1,582 kes) dan Sabah (1,285 kes).

Mengulas lanjut, kata Anwar yang juga Presiden PKR, Kementerian Kesihatan digesa lebih proaktif dalam membendung pandemik itu terutama menjelang PRN Johor kelak.

“10,000 (kes) itu bukan angka namun ia adalah orang yang terlibat. Apabila seorang sakit, maka keluarga juga akan tertekan termasuk anak yang masih bersekolah. 

 “Kalau angka sudah melonjak naik dalam tempoh dua tiga hari ini, ia sememangnya membimbangkan dan Kementerian Kesihatan perlu bertindak proaktif mengawalnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pihak supaya terus mematuhi SOP terutama menjaga jarak ketika berkempen kelak.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya