Pindaan Perlembagaan MA63 berkuat kuasa hari ini

Pindaan Perlembagaan MA63 berkuat kuasa hari ini

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkuat kuasa secara rasmi hari ini.

Ia berdasarkan seksyen 1(2) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 atau Akta A1642 yang menyatakan bahawa tarikh berkuat kuasa itu ditetapkan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, RUU itu diberikan perkenan Seri Paduka pada 19 Januari lalu.

“Seterusnya RUU tersebut telah pun diwartakan kerajaan sebagai akta pindaan kepada Akta 1642 pada 25 Januari 2022 lepas,” jelas beliau lagi menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Akta berkenaan ujarnya, merangkumi pindaan kepada Perkara 1(2), 160(2) dan 161A(6) dan (7) Perlembagaan Persekutuan sekali gus menzahirkan komitmen kerajaan terhadap MA63. RUU Perlembagaan (Pindaan) 2021 bagi pindaan empat perkara tersebut telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 14 Disember tahun lalu dengan sokongan 199 ahli melebihi majoriti dua pertiga.

 Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, pindaan akta itu amat signifikan dan khabar gembira yang ditunggu-tunggu oleh rakyat dari Sabah dan Sarawak.

“Pindaan fasal (2) Perkara 1 dan fasal (2) Perkara 160 itu untuk menjelaskan lagi kedudukan negeri-negeri di Malaysia selaras dengan perkara tersurat dan tersirat dalam MA63,” katanya.

 Sementara itu, pindaan fasal (6) dan (7) Perkara 161A pula memperuntukkan ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak adalah seperti diperuntukkan dalam undang-undang negeri itu.

 Sehubungan itu, ujarnya, definisi ras asli di Sarawak tidak lagi tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan boleh ditentukan sepenuhnya Kerajaan Sarawak sendiri.

 Perkara definisi ras tersebut, tambah beliau, bagaimanapun hanya ditetapkan kemudian menerusi sesi perbahasan diadakan dalam Dewan Undangan Negeri berkenaan selepas ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya