PETALING JAYA: Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) menerima perkembangan positif apabila seramai 135,478 kanak-kanak di bawah 12 tahun menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksinasi berkenaan setakat 12 Februari lalu. Daripada jumlah itu, hanya lapan laporan diterima mengenai kesan sampingan selepas menerima vaksin Cormirnaty Formulari iaitu ruam, bengkak bahagian muka, batuk-batuk dan keletihan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (CITF-C), Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, pada 12 Februari seramai 37,395 kanak-kanak…










