Pemandu mabuk dicekup provokasi, nyaris langgar polis

Pemandu mabuk dicekup provokasi, nyaris langgar polis

SEORANG pemandu mabuk ditahan polis dalam operasi sekatan jalan raya di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan seorang pemandu mabuk melakukan provokasi selepas nyaris melanggar anggota polis mengundang padah apabila dicekup di Persiaran Raja Muda Musa di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1.50 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an yang memandu kereta BMW berkenaan dipercayai memandu laju dan sempat berhenti di sekatan jalan raya tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Rahmat Ariffin berkata, ketika kejadian sepasukan anggota polis trafik menjalankan Op Mabuk di laluan itu bermula kira-kira pukul 11 malam tadi.

Katanya, suspek ditahan selepas didapati membuat provokasi dengan cuba menghalang tugas dan nyaris melanggar anggota polis.

“Selain menemui botol minuman keras di dalam kereta itu, hasil saringan kandungan alkohol lelaki berkenaan didapati melebihi had dibenarkan. Justeru, suspek diberkas dan dibawa ke Balai Polis Trafik Klang Selatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelas Rahmat, walau bagaimanapun pemandu itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 75 kenderaan sepanjang operasi yang berakhir pukul 2 pagi berkenaan.

“Sebanyak 35 saman lalu lintas dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan mengubahsuai kenderaan. Selain itu, tiga individu ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk,” katanya.

Sehubungan itu, Rahmat menasihatkan pengguna jalan raya memandu secara berhemah termasuk ketika musim perayaan dan operasi berkenaan akan dilakukan secara berterusan oleh pihaknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya