Bantuan mangsa kebakaran Kampung Bahagia diselaras

Bantuan mangsa kebakaran Kampung Bahagia diselaras

KEBAKARAN besar di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, Sabah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 1 tengah hari semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang menyelaras bantuan kepada mangsa kebakaran yang memusnahkan kira-kira 1,000 rumah di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, Sabah, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini lebih 900 isi rumah dikenal pasti terjejas dan proses pendaftaran mangsa masih giat dijalankan.

“NADMA telah menyediakan tempat pemindahan sementara dan melakukan penyelarasan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Setakat ini, lebih 900 isi rumah terlibat dan lebih 1,000 rumah terjejas yang proses pendaftaran masih sedang dijalankan.

“Kita akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dan NADMA bagi menguruskan kejadian kebakaran ini.

“Lazimnya, kita akan melakukan penilaian terlebih dahulu sama ada melibatkan kerosakan keseluruhan atau pembaikan dan bantuan diberikan mengikut skim yang ditetapkan,” katanya selepas merasmikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Dungun, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata, bantuan disalurkan bersama kerajaan negeri bagi menyantuni permasalahan yang dihadapi mangsa.

Menurutnya, bantuan diberikan berdasarkan penilaian kerosakan sama ada melibatkan kehilangan keseluruhan atau pembaikan rumah selaras dengan skim bantuan sedia ada.

Terdahulu, kira-kira 1,000 buah rumah di perkampungan atas air dekat Kampung Bahagia musnah da­lam kebakaran awal pagi semalam.

Ia adalah kebakaran kali ketiga pernah berlaku di kampung berkenaan namun merupakan paling besar selepas kejadian pada tahun 1994 dan 2001. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×