Pelajar SMK Ketari tidak pulang selepas waktu sekolah

Pelajar SMK Ketari tidak pulang selepas waktu sekolah

P. PAVITRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini meminta orang ramai memberi maklumat berhubung kehilangan seorang remaja perempuan, P. Pavitra, 15, di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, polis menerima laporan kehilangan remaja berkenaan di sini pada 10 Februari lalu, pukul 4.41 petang kerana tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan.

“Hasil siasatan mangsa adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari dipercayai tinggal bersama ibu saudaranya yang berusia 48 tahun hampir setahun lalu berikutan kedua ibu bapanya menetap di Kuala Lumpur.

“Siasatan juga mendapati mangsa tidak berada di kawasan sekolah dan tidak pulang ke rumah selepas waktu belajar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, ibu saudaranya menerima panggilan telefon daripada bapa remaja itu memaklumkan pemandu van lelaki berusia 60 tahun mendapati Pavitra tidak menaiki van selepas tamat waktu persekolahan, Khamis lalu. 

“Polis meneruskan usaha mencari remaja itu dan berharap rakan mangsa dan orang ramai yang mengetahui maklumat kehilangannya boleh menghubungi IPD Bentong menerusi talian 092222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN