PARLIMEN: 549 peminjam gagal bayar balik pinjaman JPA dirujuk ke AGC

PARLIMEN: 549 peminjam gagal bayar balik pinjaman JPA dirujuk ke AGC

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 549 kes pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang gagal membayar balik pinjaman pengajian masing-masing telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, kesemua peminjam berkenaan gagal membuat bayaran balik selama lebih enam tahun dan JPA sebelum ini telah mengeluarkan notis undang-undang kepada mereka.

Katanya, langkah merujuk kes itu kepada AGC diambil bagi membolehkan tindakan mahkamah diambil terhadap peminjam yang masih enggan menjelaskan tunggakan pinjaman masing-masing.

“Daripada keseluruhan 549 kes membabitkan tunggakan berjumlah RM81.2 juta, hanya RM17.5 juta telah berjaya dikutip semula setakat ini.

“Baki sebanyak RM63.7 juta masih berada dalam peringkat tindakan undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara,” katanya ketika penggulungan perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan laporan LKAN 3/2025, JPA merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah akaun belum terima di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan nilai RM352.5 juta atau 76.1 peratus daripada keseluruhan RM463.21 juta pada tahun 2024.

Tindakan JPA itu mencerminkan komitmen kerajaan memastikan akauntabiliti dan integriti kewangan dalam pengurusan pinjaman pengajian awam terus dipertingkat selain memberi peringatan kepada peminjam lain agar menunaikan tanggungjawab mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN