Peguam terpedaya Macau Scam rugi RM115,000

Peguam terpedaya Macau Scam rugi RM115,000

AIBEE AB. GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang peguam sebuah syarikat kerugian sebanyak sebanyak RM115,000 selepas diperdaya oleh sindiket Macau Scam dalam kejadian yang berlaku semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, mangsa iaitu wanita berusia 54 tahun pada mulanya telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai salah seorang pekerja sebuah bank.

Mangsa kemudian dimaklumkan mengenai terdapat transaksi mencurigakan menerusi satu kad kredit yang telah didaftarkan atas namanya sedangkan dirinya tidak mempunyai kad kredit tersebut.

Menurutnya, mangsa kemudian disaran oleh lelaki berkenaan untuk berhubung dengan seseorang lelaki lain dari Bank Negara yang dikatakan boleh membantu mangsa dalam hal tersebut.

“Mangsa telah berkomunikasi dengan lelaki berkenaan dan memberikan ketiga-tiga maklumat akaun bank miliknya. Mangsa juga telah memberikan maklumat nombor akaun, nama pengguna perbankan dalam talian, nombor pin dan juga nombor kad bank bagi ketiga-tiga bank miliknya itu. 

“Setelah memberikan nombor TAC yang diterimanya kepada individu tersebut, mangsa baru menyedari telah terdapat penukaran maklumat perbankan dalam talian milik mangsa dan telah juga telah berlaku beberapa transaksi dari ketiga-tiga akaun miliknya berjumlah RM115,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aibee, mangsa penipuan telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Campbell di sini hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya