KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) perlu belajar menerima risiko dan membina kekuatan bagi kerusi yang ditawarkan mana-mana parti termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menafikan terdapat unsur sabotaj kerana PKR didakwa memberi kerusi yang sukar menang pada parti itu, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, ia sebagai usaha untuk parti itu belajar mendepani risiko sebelum berjaya membina kubu di…