AS siasat emel berniat jahat sasar rundingan dengan China

AS siasat emel berniat jahat sasar rundingan dengan China

IMEJ menunjukkan kemudahan risikan China dipamerkan semasa sesi pendengaran Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri di Bangunan Pejabat Dewan Canon di Washington, DC. –AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyia­sat satu emel palsu kononnya dihantar oleh seorang ahli Kongres Republikan yang mengan­dungi perisian berniat jahat atau malware dipercayai bertujuan memberikan China maklumat rundingan perdagangan pentadbiran Presiden Donald Trump dengan Beijing

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), perisian hasad dalam emel yang kononnya dihantar oleh Wakil Rakyat, John Moolenaar pada Julai kepada kumpulan perdagangan AS, firma guaman dan agensi kerajaan.

Ia dikesan oleh penganalisis siber sebagai kerja kumpulan penggodam APT41 yang dipercayai bekerjasama dengan perisikan China.

Moolenaar, seorang pengkritik tegas terhadap Beijing, adalah pengerusi jawatankuasa Kongres yang memfokuskan kepada persaingan strategik antara China dan AS, termasuk ancaman terhadap keselamatan negara.

Emel palsu itu terbongkar apabila kakitangan jawatankuasa Moolenaar mula menerima pertanyaan pelik mengenainya.

Dalam kenyataan kepada WSJ, Moolenaar menyifatkan serangan itu sebagai satu lagi contoh operasi siber China yang bertujuan mencuri strategi AS.

“Kami tidak akan gentar,” katanya.

Kedutaan China di Washing­ton berkata, pihaknya tidak mengetahui butiran serangan yang dilaporkan dan menegaskan semua negara menghadapi serangan siber yang sukar dikesan.

“China menentang dengan tegas dan memerangi semua bentuk serangan siber dan jenayah siber. Kami juga menentang keras cubaan memburukkan pihak lain tanpa bukti kukuh,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan emel.

Menurut WSJ, emel hasad pertama itu dihantar sejurus sebelum rundingan perdagangan AS-China di Sweden yang membawa kepada lanjutan penangguhan tarif sehingga awal November, ketika

Trump dan Presiden China, Xi Jinping dijangka bertemu di satu sidang kemuncak ekonomi Asia.

“Pandangan anda sangat penting,” demikian kandungan emel tersebut yang meminta penerima meneliti draf undang-undang yang dilampirkan.

Lapor WSJ, membuka draf undang-undang itu akan membolehkan perisian hasad memberikan penggodam akses luas ke atas kumpulan sasaran namun tidak dapat dipastikan sama ada serangan itu berjaya.

Akhbar itu melaporkan, Bi­ro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Polis Capitol AS giat menyia­sat emel berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN