Lelaki asyik punggah daun ketum ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki asyik punggah daun ketum ditahan

SEBAHAGIAN daripada ketum yang dirampas di kebun getah di Kampung Lampam, Pendang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Seorang buruh ditahan ketika sedang asyik memunggah 220 kilogram daun ketum untuk diseludup di kawasan kebun getah di Kampung Lampam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang kira-kira pukul 4 petang.

“Ketika ditahan, suspek sedang leka mengalihkan 22 bungkusan plastik hitam disyaki berisi daun ketum, keluar dari kenderaan jenis Mitsubishi Pajero yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan itu.

“Suspek dipercayai menyembunyikan bungkusan plastik berisi daun ketum itu dalam kebun getah bagi mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menururnya, suspek dan ketum yang dirampas itu dibawa ke Balai Polis Pendang untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, kalangan penyeludup ketum ketika ini dikesan turut melakukan pelbagai taktik bagi melakukan kegiatan haram tersebut.

Sebagai contoh katanya, pihaknya pada awal Februari lalu berjaya merampas sebanyak 1.2 tan daun ketum serta kenderaan mewah yang digunakan bagi aktiviti penyeludupan.

“Seorang suspek ditahan di Kampung Tong Prok, Kubur Panjang berhubung kejadian itu. Pihak kami turut merampas dua kenderaan iaitu Toyota Vellfire dan Honda Civic bagi membantu siasatan.

“Kenderaan mewah itu disyaki digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa namun aktiviti tersebut berjaya dihidu sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Pendang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya