Kramer kempunan aksi pertama di Olimpik Musim Sejuk - Utusan Malaysia

Kramer kempunan aksi pertama di Olimpik Musim Sejuk

Marita Kramer mengalami nasib malang apabila disahkan positif Covid-19 sekali gus meleburkan harapannya untuk bersaing pada temasya Sukan Olimpik 2022 musim sejuk di Beijing.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALZBURG : Atlet peluncur sensasi Austria, Marita Kramer mengalami nasib malang apabila disahkan positif Covid-19 sekali gus meleburkan harapannya untuk bersaing pada temasya Sukan Olimpik 2022 musim sejuk di Beijing yang akan membuka tirai rasmi hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kontinjen Austria, Kramer tidak dibenarkan untuk berlepas ke China selepas disahkan positif hasil ujian calitan PCR yang dilakukan di Salzburg dengan jangkitan dipercayai menerusi lawatan ke Jerman minggu lalu.

Kramer yang baru berusia 20 tahun dianggap sebagai salah seorang peluncur terbaik di dunia.-AFP

Kramer yang baru berusia 20 tahun dianggap sebagai salah seorang peluncur terbaik di dunia dan berpotensi untuk menyumbangkan pingat buat Austria pada temasya sukan terbesar bagi atlet musim sejuk kali ini.

Kramer yang berjaya mendominasi saingan Piala Dunia luncur salji di Jerman bulan lalu mengakui sangat terkilan apabila impiannya untuk muncul pada temasya Sukan Olimpik buat pertama kali tidak kesampaian.

“Tiada apa yang boleh saya luahkan kerana jiwa sangat kosong ketika ini selepas disahkan positif Covid-19 sekali gus tidak dibenarkan terbang ke China. Secara jujur, saya anggap apa yang berlaku sangat tidak adil.

“Ini kerana saya berusaha keras untuk berada pada tahap ini dengan melakukan persiapan rapi sejak tahun lalu kerana sudah menjadi impian semua atlet untuk bersaing pada temasya Sukan Olimpik. Kini, saya rasa segala yang diharungi seperti sia-sia,” kata Kramer.

Berdasarkan laporan yang diberikan oleh pegawai perubatan penganjur Sukan Olimpik 2022, Dr. Brian McCloskey mengesahkan 11 delegasi termasuk atlet, pegawai dan jurulatih yang sudah berada di perkampungan sukan disahkan positif Covid-19 kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya