Kluster aktif Covid-19 hampir 400

Kluster aktif Covid-19 hampir 400

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan peningkatan kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini sebanyak 395 kluster berbanding semalam, 385 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kluster baharu Covid-19 pula merekodkan sedikit penurunan kepada 14 kluster berbanding semalam, 15 kluster.

“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,555 kluster. Jumlah kluster tamat sebanyak 6,160 kluster berbanding semalam, 6,156 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan peningkatan, 158 kes berbanding semalam, 143 kes.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 78 kes bersamaan semalam. Malaysia mencatatkan sebanyak 19,090 kes positif terus menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 17,134 kes sekali gus mengatasi 5,712 kes sembuh,” katanya. 

Beliau berkata, sebanyak 113 kes bersamaan 0.6 peratus daripada 19,090 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, sebanyak 18,977 kes bersamaan 99.4 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan menurun sebanyak sembilan kes berbanding semalam, 13 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,065 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak empat daripada sembilan kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,473 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya