KEMAMAN: Jenazah bayi lelaki yang mati dipercayai ditikam ibunya yang berusia 15 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Bandi, di sini, hari ini.
Jenazah dikebumikan kira-kira pukul 11.05 pagi selepas seminggu menemui ajal.
Urusan pengebumian bayi seberat 2.49 kilogram itu dikendalikan kakitangan dan pegawai Pejabat Agama Daerah Kemaman.
Memuatkan artikel berkaitan…
Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan dan ahli keluarga.
Selasa lalu, seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemukan mati dengan kesan tikaman pada bahagian dada di sebuah rumah di daerah ini. -UTUSAN











