Hanya Perikatan Nasional tonjol semangat negarawan - Utusan Malaysia

Hanya Perikatan Nasional tonjol semangat negarawan

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya pemimpin daripada Perikatan Nasional (PN) menunjukkan kualiti negarawan dan sanggup berkorban demi negara.

Menerusi satu temu bual bersama Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan, Ketua Penerangan Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin berkata, PN sahaja yang mampu untuk memberikan kestabilan politik kepada Malaysia.

“Ketidakstabilan politik akan terus berlaku kerana akan ada pihak-pihak berkepentingan yang memainkan peranan untuk kepentingan mereka sendiri. Contohnya, kluster mahkamah UMNO yang bertindak menjatuhkan PN 1.0 dengan 15 orang yang tarik sokongan.

“Pas dan Bersatu dan rakan-rakan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang terpaksa duduk demi menyelamatkan negara daripada diambil alih oleh PH dengan memberikan kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini menunjukkan jiwa negarawan PN yang sanggup menyelamatkan negara daripada sekali dipimpin oleh PH. Dalam keadaan sekarang, ketidakstabilan itu diganggu oleh mereka yang kalah di peringkat pilihan raya, mereka yang mempunyai kes mahkamah atau mereka telah memalukan negara di peringkat dunia,” jelasnya dalam program Bersama Wan Saiful.

Tambah Khairil Nizam, arus politik negara ketika ini adalah antara positif dan negatif tetapi  keberadaan Pas dan Bersatu adalah untuk menyediakan perkara positif dalam politik.

“Kita menawarkan pemimpin-pemimpin yang berintegriti dan masa kita memimpin dalam PN 1.0, kita telah selamatkan negara daripada Pakatan Harapan (PH) yang telah memimpin selama 22 bulan. Kita telah memberikan keselesaan kepada rakyat dan ketika itu pula negara berada dalam situasi sukar, pandemik Covid-19.

“Pada saya dalam keadaan yang tidak tenang, PN adalah satu tawaran kepada rakyat untuk memberikan kestabilan politik kerana PN bukan hanya ditunjangi oleh Pas dan Bersatu tetapi daripada parti-parti lain malah masih menerima jemputan untuk pertimbangan bersama dengan PN,” katanya.

Dalam temubual yang sama, Wan Saiful akui parti itu tidak dibawa ke meja perbincangan sebelum memutuskan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Saya tertanya-tanya, bila masanya kita akan mengambil tindakan? Kita di peringkat Persekutuan duduk bersama tetapi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kita bertembung.

“Di Johor pula, DUN dibubarkan tanpa sebarang perbincangan dengan Bersatu. Penghormatan dan semangat persahabatan daripada UMNO itu tidak ada,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya