Dia ini memang gila dekat suami orang! - Syatilla Melvin - Utusan Malaysia

Dia ini memang gila dekat suami orang! – Syatilla Melvin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Dia ini memang gila dekat suami orang!”.

Itu reaksi lucu pelakon cantik, Syatilla Melvin terhadap kucing peliharaannya yang manja dengan suaminya, Shaheizy Sam.

Ramai terhibur dengan video yang dikongsikan Syatilla di Instagram itu. Kapsyen yang ditulisnya turut mencuit hati netizen.

“Pantang nampak Sam. Duk buat manja macam malam pertama hampa (anda) tahu dak! (tak). Tak hormat aku yang halal ini.

“Menyesai (menyesal) aku buh (letak) nama Wani dari kecil. Kalau aku tahu perangai macam ini, aku panggil hang (kau) kucing saja!!!,” coretnya geram.

Pada masa sama, ada juga segelintir yang tidak berpuas hati dengan Syatilla. Dakwa pengguna IG, aktres itu mengetuk kepala haiwan bulus itu dengan kuat.

“Kakak minat awak tapi tengah hamil jangan buat haiwan macam itu ya. Jangan marah saya Syatilla,” komen pengguna IG.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna tampil memberi pencerahan dek perbuatan Syatilla yang disalah erti oleh individu berkenaan.

“Wawa Kamil, terima kasih sebab mampu berfikiran waras. Mangkuk ayun lain-lain itu, ingat aku ini kejam sangat ke?

“Kita bela kucing dari bayi sampai gemuk bagi makan hari-hari. Takkan nak pukul? Kurang bijak,” balas komen Syatilla.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN