CIDB didakwa sukarkan pembaharuan lesen kontraktor - Utusan Malaysia

CIDB didakwa sukarkan pembaharuan lesen kontraktor

Tukiman Radion
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) didakwa menyukarkan golongan kontraktor untuk memperbaharui lesen mereka.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf Malaysia), Tukiman Radion berkata, setiap kontraktor perlu menjalani kursus dan ujian, namun proses yang dikendalikan CIDB melibatkan kadar yuran yang tinggi.

Katanya, jika kontraktor gagal dalam ujian, mereka terpaksa memohon semula dan perlu membayar semula kursus dan ujian semata-mata bagi mendapatkan lesen baharu.

“CIDB menyukarkan kaedah memperbaharui lesen, kami perlu menjalani kursus tetapi mahal iaitu RM300 satu sesi, malah kena bayar penceramah.

“Kalau gagal kena mohon sekali lagi, bayar lagi sekali. Sepatutnya beritahu bahagian mana yang gagal, tidak perlu mohon lagi. Ini menyusahkan dan membebankan,” katanya.

Tambahnya, CIDB juga seolah-olah menyenarai hitam kontraktor yang pernah ada rekod buruk sebelum ini.

“Kalau pekerja asing kami yang dulunya tidak ada permit, diungkit balik. Kalau laksanakan projek lambat kena denda, ini tidak wajar.

“Sebagai pemantau projek, CIDB kena bantu kontraktor memudahkan urusan bukannya menghukum. Sekarang kontraktor cukup takut nak perbaharui lesen dengan CIDB, kecut perut kita,” katanya.

Justeru, beliau merayu supaya hal ehwal kontraktor diletakkan semula di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Letak semula urusan kontraktor di bawah Kementerian Usahawan, di bawah Pusat Khidmat Kontraktor. Dulu lebih baik, walaupun prosesnya dijalankan secara manual, ia lebih mudah berbanding sistem CIDB,” katanya.

Beliau mengulas tindakan CIDB melancarkan Portal Kontraktor Malaysia (MCP) bagi memudahkan urusan transaksi kontraktor dengan agensi-agensi kerajaan untuk tujuan perlesenan dan permohonan sijil serta kerja-kerja berkaitan.

MCP yang akan turut menyediakan Kad Laporan Kontraktor (CRC) yang membolehkan pencarian kontraktor serta pengaksesan profil kontraktor bakal memanfaatkan 131,121 kontraktor berdaftar di bawah CIDB.

CRC membolehkan pihak agensi membuat semakan latar belakang sesebuah syarikat kontraktor, membantu mengenal pasti kontraktor dan memudahkan proses penilaian dan pemilihan kontraktor. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya