Azurin harap lebih ramai pemain wanita ke luar negara - Utusan Malaysia

Azurin harap lebih ramai pemain wanita ke luar negara

NURUL Azurin Mazlan mengakui berpuas hati dapat membuktikan bahawa Malaysia juga sebenarnya mempunyai pemain berbakat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sepanjang beraksi di luar negara bersama Misaka United FC, Nurul Azurin Mazlan mengakui berpuas hati dapat membuktikan bahawa Malaysia juga sebenarnya mempunyai pemain berbakat.

Dia juga berharap dengan prestasi cemerlang dipamerkannya di India, ia dapat membuka mata pasukan dari luar negara untuk memancing pemain Malaysia yang lain selepas ini.

Azurin yang sebelum ini beraksi selama dua bulan bermula Disember lepas sehingga kontraknya tamat 31 Januari lepas berjaya merekodkan empat ‘clean sheet’ daripada lapan perlawanan sepanjang liga itu berlangsung.

Dengan prestasi cemerlang dipamerkan Azurin menyaksikan dia dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik pada saingan Karnataka Women’s League musim 2021/22.

“Saya gembira sebab boleh letak ‘benchmark’ di mana taraf pemain (wanita) Malaysia juga mempunyai kualiti bermain di luar negara.

“Sudah tentu saya harap lebih ramai pemain negara mampu menarik perhatian kelab-kelab di luar negara suatu hari nanti,” kata penjaga gol wanita kebangsaan itu.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangannya selepas ini, Azurin berkata dia masih menanti perkhabaran daripada Misaka United FC berhubung penyambungan kontrak baharunya.

Jelas, Pemain Wanita Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2015 dan 2018 itu turut berkongsi bahawa perkara berkenaan masih dalam perbincangan.

“Sekarang kami masih lagi menunggu keputusan dari All India Football Federation (AIFF) sama ada Misaka United mendapat slot untuk ke Indian Women League (IWL) atau sebaliknya.

“Sekiranya Misaka United dapat ke IWL, mereka mungkin akan memanggil saya kembali,” ujar pemain berusia 22 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya