AMK tegaskan poster boy sepatutnya generasi muda - Utusan Malaysia

AMK tegaskan poster boy sepatutnya generasi muda

ANWAR Ibrahim diiringi Akmal Nasrullah Mohd. Nasir (kanan) hadir pada majlis Perasmian Pelancaran Jentera AMK di Hotel Double Tree by Hilton, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir menempelak idea bagi mana-mana parti meletakkan tokoh pemimpin sebagai poster-boy dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, poster-boy sebaliknya perlulah terdiri daripada kalangan orang muda yang menggerakKAN ekonomi di peringkat akar umbi.

Poster-boy yang perlu diangkat adalah suara anak muda, jangan biarkan mereka terus dibelenggu tekanan ekonomi, kerja mengejar komisen untuk dapatkan rezeki hingga menggadai keselamatan nyawa, bukan nama-nama pemimpin politik.

“Jika tidak percaya letaklah Zahid (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi); Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang) dan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin), pengundi khususnya anak muda akan tolak semua itu. Anak muda tidak kira sama ada kerja sendiri, kerja swasta mahupun kerja kerajaan berhempas pulas setiap hari sedangkan orang politik cerita politik tidak habis-habis,” katanya ketika berucap semasa Pelancaran Jentera AMK di sini hari ini.

Pelancaran itu dirasmikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse.

Sementara itu, AMK turut menggesa rakyat untuk mengambil peluang PRN Johor dengan menghukum pemimpin dan parti politik yang bercakaran sesama mereka sehingga menyebabkan terbubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Masalah yang berlaku ketika ini melibatkan pemimpin dalam UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), tetapi orang Johor pula yang dihukum. Mereka bergaduh sesama mereka tetapi rakyat Johor diheret dalam PRN. Kerja gila adakan PRN pada waktu sekarang ini dalam tempoh pandemik Covid-19 masih tinggi, ekonomi juga tidak stabil dan dengan khabar angin pilihan raya umum juga semakin dekat,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN