Wisma Putra selaras bantu pendidikan anak Rohingya - Utusan Malaysia

Wisma Putra selaras bantu pendidikan anak Rohingya

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar sedia menjadi penyelaras dalam usaha membantu peluang pendidikan kanak-kanak pendatang Rohingya di Malaysia dengan pelbagai badan sukarela.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, inisiatif tersebut memang sudah dilaksanakan, namun akan diperkasakan lagi sepanjang tahun ini di kawasan tumpuan penempatan etnik itu.

“Ini merupakan antara sumbangan Wisma Putra bagi memastikan anak-anak Rohingya dapat pelajaran dengan baik dan tidak akan terjebak dalam kancah sosial di negara ini,” katanya pada sesi soal jawab dengan media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2022 bersama ketua-ketua jabatan dan bahagian kementerian itu di sini hari ini.

Isu kanak-kanak pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar itu tular dalam kalangan warganet susulan rakaman aksi biadab mereka yang meminta sedekah di jalan sekitar ibu negara. Dianggarkan terdapat lebih 200,000 orang Rohingya di negara ini, namun status mereka tidak pernah diiktiraf kerana Malaysia tiada meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

Sebaliknya, Malaysia cuma menyediakan bantuan kerana faktor kemanusiaan sebelum PATI itu berpindah ke negara ketiga yang berminat atas dasar suaka perlindungan politik.

Saifuddin berkata, kekurangan pendidikan dikenal pasti antara punca utama ramai kanak-kanak Rohingya terjebak dalam gejala tidak sihat termasuk permasalahan sosial.

“Wisma Putra tidak keluar peruntukan tetapi sebagai fasilitator dengan pertubuhan bukan kerajaan yang prihatin dan setakat ini paling banyak sumbang dana ialah Yayasan Qatar. Inisiatif pelbagai organisasi madani itu banyak membantu Wisma Putra kerana ia juga antara cara memastikan etnik Muslim tersebut dapat berdikari dan menghormati negara ini,” katanya.

Beliau berkata, negara ketiga terutama Barat setakat ini hanya akan menerima pelarian Rohingya yang dianggap ada pendidikan baik serta kemahiran tinggi kalangan profesional.

Menyentuh sesi pemukiman Menteri Luar ASEAN di bandar peranginan terkenal Siem Reap di Kemboja bagi membincangkan isu Myanmar, beliau mengesahkan tidak dapat datang ke sana.

Mengenai kemelut politik di Myanmar, Saifuddin sekali lagi mengulangi pendirian Malaysia untuk terus berpegang kepada konsensus lima perkara diputuskan ASEAN pada tahun lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya