PETALING JAYA: Sebuah video di platform media sosial, Twitter, menunjukkan silinder besi muatan sebuah lori trailer terjatuh keluar semasa dalam perjalanan di sebuah laluan di ibu negara.
Video berdurasi 49 saat dimuat naik oleh akaun MALAYSIA MOST VIRALL, @MALAYSIAVIRALL, menunjukkan silinder besi tersebut perlahan-lahan terjatuh keluar di sebuah lebuh raya.
“Nasib baik tidak ada motosikal lalu dekat tepi kalau tidak, memang akan bersepai!” Katanya.
BAHAYA…Demikian rakaman video menunjukkan silinder besi muatan sebuah lori trailer terjatuh keluar semasa dalam perjalanan di sebuah laluan di ibu negara. – MEDIA SOSIAL
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet risau dan takut dengan keselamatan pemandu di atas jalan raya jika ia berlaku sekali lagi.
“Macam filem Final Destination,” katanya @HA_iril.
“Ya Allah! Tidak akan tidak ikat elok-elok sebelum gerak,” katanya @laleens__.
“Tidak ada keselamatan! Tidak ikat langsung, bahaya ini,” katanya @N.A.S.
“Yang ini selalu juga saya rasa jika akan berlaku kalau lalu sebelah lori besar macam ini,” katanya @IzzudinOthmann.
“Bodohnya, sudah tahu bawa barang macam itu. Elok-elok lah ikat, nyawa orang lain akan melayang,” ujarnya @yoona_hmdd. – UTUSAN ONLINE










