UPM jawab pertikaian Shamsul Iskandar, kaedah pengajian PhD melebihi syarat MQA - Utusan Malaysia

UPM jawab pertikaian Shamsul Iskandar, kaedah pengajian PhD melebihi syarat MQA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kaedah pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Putra Malaysia (UPM) melebihi syarat minimum ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia MQA) dalam usaha memastikan kualiti graduan dihasilkan ditahap terbaik.

Justeru, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM berkata, kenyataan dikeluarkan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin adalah mengelirukan dan tidak tepat.

Malah katanya, kelulusan setiap pelajar yang mengikuti pengajian PhD di universiti juga ketat dan setiap daripada mereka wajib membuat penyelidikan dengan mengikuti minimum 12 jam kredit kursus.

“Pelajar perlu membuat pembentangan cadangan penyelidikan dan lulus peperiksaan komprehensif yang dinilai oleh panel sebelum tahun kedua bagi melayakkan mereka meneruskan pengajian. Pelajar juga perlu menghasilkan tesis yang merupakan syarat wajib lulus untuk dianugerahkan PhD. Tesis pelajar dinilai oleh sekurang-kurangnya tiga orang penilai yang terdiri daripada seorang penilai luar (universiti luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan sebagainya) dan dua lagi penilai dalaman, serta perlu lulus peperiksaan viva voce.

“Selain itu, Senat UPM juga menetapkan dua penerbitan jurnal berindeks (Citation Indexed Journal) sebagai syarat bagi memastikan kualiti penyelidikan graduan PhD yang dihasilkan. UPM juga mempunyai kekuatan tenaga akademik berkelulusan PhD seramai 1,649 orang yang layak menyelia pelajar PhD. Ini mencerminkan kemampuan universiti dalam menghasilkan graduan PhD dengan merujuk kepada amalan terbaik di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Iskandar sebelum ini mempertikaikan tindakan UPM menganugerahkan 398 PhD tahun ini yang menimbulkan tanda tanya kerana jumlah itu dilihat terlalu luar biasa.

Dalam pada itu, UPM berkata, jumlah graduan PhD yang dikeluarkan universiti itu merupakan bilangan yang lazim dikeluarkan universiti penyelidikan.

“Ini selari dengan amalan terbaik universiti terkemuka dunia di mana enrolmen pelajar PhD merupakan indikator kecemerlangan sesebuah universiti.

“UPM sebagai salah satu universiti penyelidikan tidak ketinggalan dalam terus menyumbang meningkatkan penyelidikan dan mengeluarkan modal insan yang berilmu dan berkualiti tinggi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya