Pak Nil tutup kutipan bantuan Adrian, RM164,775.71 akan diserah kepada Amyza Adnan - Utusan Malaysia

Pak Nil tutup kutipan bantuan Adrian, RM164,775.71 akan diserah kepada Amyza Adnan

aznil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kutipan dana bantuan yang digerakkan pengacara versatil, Datuk Aznil Nawawi untuk pelakon Amyza Adnan dan anaknya, Adrian Adam, akan ditutup hari ini sebelum diserahkan sepenuhnya kepada mereka.

Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil, 64, berkata, proses penutupan akaun bantuan tersebut akan dilakukan tepat jam 12 tengah hari ini sebelum semua sumbangan dipindahkan terus ke akaun Amyza.

“Paknil akan tutup akaun bantuan Adrian dan Amyza tepat jam 12 tengah hari ini. Pak Nil akan dipindahkan ke akaun Amyza. Terima kasih semua.

“Sebab Sabtu dan Ahad bank tidak beroperasi, jadi baru sekarang Pak Nil dapat ke kaunter untuk uruskan pemindahan wang,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Dalam pada itu, Pak Nil tidak menyangka rakyat Malaysia begitu prihatin dak cakna untuk membantu meringankan beban keluarga tersebut untuk menguruskan kos operasi perubatan.

“Terima kasih kepada semua yang percaya. Bagi yang masih mahu menyumbang, masih ada sedikit masa lagi sebelum ia ditutup. Pak Nil ada kata tabung dibuka seminggu tapi tak sangka hati rakyat Malaysia luar dugaan. Terima kasih lagi sekali,” ujarnya.

Terdahulu, Pak Nil tampil membuka tabung kutipan bantuan buat anak kedua pelakon, Amyza Aznan, Adrian Adam yang mengalami kanser tulang.

Inisiatif tersebut dibuat bertujuan untuk membantu kos perbelanjaan dan perubatan masalah kesihatan yang dialami remaja itu.

Untuk rekod, sepanjang tempoh seminggu itu, kutipan tersebut telah mencecah sebanyak RM164,775.71 yang memperlihatkan sokongan ramai untuk melihat anak kepada Amyza Adnan kembali pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN