UPKO tidak tanding Parlimen Kota Belud pada PRU-15 - Utusan Malaysia

UPKO tidak tanding Parlimen Kota Belud pada PRU-15

EWON Benedick semasa berucap dalam mesyuarat UPKO Bahagian Kota Belud, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD: Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) dilihat seperti memberi laluan kepada Parti Warisan (Warisan) apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding di Parlimen Kota Belud pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketika ini, Parlimen Kota Belud disandang oleh Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis.

Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick berkata, parti itu tidak bercadang meletakkan calon untuk kerusi Parlimen berkenaan dan hanya fokus untuk menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan pada tahun 2025.

“UPKO kini berada dalam gabungan nasional Pakatan Harapan (PH) dan saya fikir kita perlu menyokong calon yang akan diletakkan oleh pucuk pimpinan sama ada daripada gabungan PH atau rakan PH.

“Tetapi jika saya masih Ketua Bahagian UPKO Kota Belud selepas mesyuarat agung Bahagian tahun ini. Saya akan memaklumkan pucuk pimpinan parti bahawa kita tidak meletakkan calon di Parlimen Kota Belud,” katanya semasa merasmikan serentak Mesyuarat Agung Tritahunan cawangan-cawangan UPKO Bahagian Kota Belud hari ini.

Menurut beliau, tumpuan kini diberikan untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian kerana itu satu-satunya kerusi UPKO pada masa ini.

Dalam perkembangan lain, Ewon berkata, tiada keperluan untuk ADUN pembangkang sepertinya keluar daripada parti untuk menyokong dasar kerajaan yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya, beliau akan mengambil pendekatan untuk menyokong dasar yang baik dan menolak sebarang dasar yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

“Kerjasama antara kerajaan dan pembangkang yang dimulakan pada tahun lalu di peringkat persekutuan dilihat sebagai satui norma kepimpinan politik yang baharu.

Ewon berkata, sokongan yang diberikan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bukan bererti beliau menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Saya tidak bercadang meninggalkan UPKO untuk menjadi wakil rakyat yang mesra kepada kerajaan,” katanya.

Tambahnya, beliau akan menyokong usul Enakmen Undang-undang Lompat Parti sekiranya pihak kerajaan membentangkannya dalam Persidangan DUN seperti yang akan dilaksanakan di Dewan Rakyat.

Jelas beliau, budaya lompat parti sudah lama dipraktikkan di Sabah yang harus dihentikan dan digantikan menerusi kerjasama rentas politik antara kerajaan dengan pembangkang seperti diamalkan di kebanyakan negara. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya