Tiga ladang babi di Sibu diserang demam babi Afrika - Utusan Malaysia

Tiga ladang babi di Sibu diserang demam babi Afrika

DR STEPHEN RUNDI UTOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Demam babi Afrika atau African Swine Flu (ASF) telah dikesan di tiga ladang babi belakang rumah di Durin, Bahagian Sibu.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata kes-kes ini telah disahkan hari ini oleh Makmal Diagnostik Veterinar Sarawak menggunakan ujian Ujian Pantas Tindak balas Berangkai Polimerase (RT-PCR).

Beliau menjelaskan bahawa ASF adalah virus yang sangat ganas dan berjangkit tetapi hanya menyerang babi.

“Penyakit ini boleh membawa kepada masalah ekonomi yang serius, kerugian kepada petani tempatan dan juga memberi kesan kepada keselamatan makanan.

“Virus ini tidak berbahaya kepada manusia dan ia bukan penyakit zoonosis,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Rundi berkata pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sarawak telah pun mengerahkan kakitangannya di lapangan untuk menentukan sejauh mana wabak itu menular dan telah mengambil semua tindakan yang perlu untuk membendung penyakit berkenaan daripadanya merebak lebih jauh ke ladang babi yang lain.

Katanya, pengawasan klinikal dan serologi sedang dijalankan dan spesimen diambil untuk ujian makmal.

Sementara itu, Dr. Stephen Rundi berkata, sebelum ini pengimportan daging babi dari Afrika dan juga dari negara berlaku jangkitan ASF termasuk dari Semenanjung dan Sabah adalah tidak dibenarkan.

Beliau berkata, Sarawak akan terus melakukan pemeriksaan di lapangan terbang, pelabuhan dan di kedai bagi memastikan daging babi dibawa masuk ke negeri ini secara haram tidak dijual kepada orang ramai.

Katanya, Bahagian Penguatkuasa JPV Sarawak akan terus menguatkuasakan Ordinan Veterinary Kesihatan Awam 1999 bagi memastikan daging babi yang dibawa masuk ke negeri ini diimport dari negara-negara yang bebas ASF.

Menurut beliau  semua pengimportan daging babi memerlukan permit import dan mengingatkan bahawa penyeludup akan diambil tindakan undang-undang. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya