Tiga 'Geng Amy Sandora' dicekup kurang 24 jam pecah pasar raya - Utusan Malaysia

Tiga ‘Geng Amy Sandora’ dicekup kurang 24 jam pecah pasar raya

AHMAD Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh (tengah) menunjukkan peralatan dan barangan digunakan Geng Amy Sandora yang dirampas dalam serbuan di Kampung Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Persembunyian tiga ahli ‘Geng Amy Sandora’ yang memecah masuk sebuah pasar raya di Telok Panglima Garang di sini, Khamis lalu tidak bertahan lama apabila berjaya dicekup polis dalam tempoh 24 jam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan pengurus pasar raya mengenai premis berkenaan yang dimasuki tiga lelaki tempatan berusia 26 hingga 40 tahun, kira-kira pukul 7 pagi.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan wang tunai berjumlah RM15,000 di dalam peti besi lesap selain wang tabung masjid dan dua Unit Pemprosesan Pusat (CPU) kamera litar tertutup (CCTV).

“Bertindak atas maklumat, kita berjaya menahan seorang suspek di sebuah rumah di Kampung Sijangkang pada pukul 10.45 malam hari sama.

“Hasil soal siasat kemudian memberkas dua lagi suspek lain di sekitar kampung berkenaan antara pukul 12.20 tengah malam hingga 2.30 pagi kelmarin (Jumaat),” katanya.

Jelas Ahmad Ridhwan, pihaknya turut menemukan semula barangan milik pengadu termasuk hasil kegiatan pecah rumah dijalankan kumpulan itu.

“Kita percaya berjaya menyelesaikan 11 kes pecah rumah di sekitar Kuala Langat yang kebanyakannya di Teluk Panglima Garang.

“Kumpulan itu aktif melakukan jenayah sejak dua bulan lalu dan kes turut melibatkan pecah kedai butik, pasar raya serta kedai runcit,” katanya.

Tambah beliau, kesemua suspek memiliki rekod jenayah termasuk seorang daripadanya yang mempunyai 10 kes lampau.

“Mereka kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan ditahan di lokap Balai Polis Banting. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya