Tiffany Haddish ditahan polis kerana memandu bawah pengaruh alkohol - Utusan Malaysia

Tiffany Haddish ditahan polis kerana memandu bawah pengaruh alkohol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pelakon dan pelawak terkenal, Tiffany Haddish ditahan pihak berkuasa Jumaat lalu kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Abcnews melaporkan, Haddish, 42, ditahan selepas pihak polis menerima aduan pengguna jalan raya berkenaan seorang pemandu yang memberhentikan kenderaan dan tidur di tepi lebuh raya.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis, Matt Myers dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Haddish bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin. Polis tidak menyebut sebarang tarikh untuk perbicaraan mahkamah berhubung kes tersebut.

Dalam pada itu,jurucakap Haddish yang dihubungi enggan mengulas isu berkenaan.

Haddish mengecap populariti menerusi filem komedi Girls Trip.

Beliau turut membintangi beberapa filem pecah panggung termasuk The Kitchen, Night School dan Like A Boss.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya